ai....
salam....
ok ari ni cik ayu nak cite psl hobi bawu cik ayu.....
hobi ke..x pe la cuba2
(bela ikan pelaga @ ikan laga)
hehehe
Bermula al-kisah
semalam cik ayu g keluar ngan kawan-kawan
mule2 kami g main bowling
pastu kami karoake
tetibe slh 1 kawan cik ayu de hal
so...kami kne tnggu untuk selesaikn hal dia
kami cadang tok tgk wayang (cite shark night 3D)
tp tiket rm17 (rase mahal plak)
kami x jd tgk....untuk kesavingan hahahaha
kami buat keputusan untuk pergi.....
pantai..( pantai remis, jeram)
setibe kat sane..cik ayu terpandang orang jual ikan laga(dalam kete g)
wah....kawan cik ayu pon bg reaksi same...
cz dia memang bela ikan laga....
dia kata nak beli lg....
turun dr kete kami pon jalan smp gerai jual ikan laga
cik ayu jd tertarik....banyaknya..cantik2...
akak yang jual 2 pon ckp hargenya..Blablabla...
cik ayu pon cm nk bli...
pe g cik ayu pon beli...
beli 2 ekor...
tp cik ayu x tau 2 jantan ke betina
cik ayu pilih n tgk cantik cik ayu rembat je..
bkn rembat la..beli...
sekor merah n sekor g biru
yang merah cik ayu bg nama si kacak
yang biru cik ayu bg nama si cantik
hahaha bg name pon main suke ati cik ayu
ntah2 yg merah 2 betina yg biru 2 jantan..
sebab x tau kn main bedal je la...
hahaha
sampai2 umah je terus kerja kn
letak dlm bekas
bg mkn...
cik ayu pon penat...
tdo...Zzzzzzz
bagun2 cik ayu terus tgk si CANTIK & si KACAK
tetibe air dlm bekas si cantik berbuih...
ish npe la plak...
cik ayu pon pe g p la search cm ne nk jage bela ikan laga ni..
wah...mcm2 info cik ayu dapat...
*cara penjagaan
*cara pembiakan
*jenis-jenis ikan laga
ehm.....da baca cm 2 rupenya...
HARAPAN
si KACAK & si CANTIK ok2
dan
nak beli lg...
ni info2 pasal ikan laga
cik ayu copy
Oleh: Betta Village
PANDUAN MEMELIHARA BETTA
Pada asalnya Betta memerlukan air dengan pH rendah sekitar 5-6.5 untuk hidup dengan baik. Kini kebanyakan Betta yang dihasilkan secara komersial di negara kita telah dapat menyesuaikan diri dengan pelbagai pH air. Bekalan air domestik yang neutral juga sesuai untuk ternakan Betta. Ikan jantan yang terpilih boleh dipelihara dalam botol minuman kecil secara individu untuk mengelakkan dari dicederakan oleh ikan yang sejenis dengannya. Ikan betina boleh dipelihara bersama ikan-ikan lain yang toleran seperti Rasbora, Angel dan neon tetra. Elakkan dari ikan yang gemar menggigit sirip ikan lain
(fin nipper) seperti half-red eye tetra, atau tiger barb.
Betta ialah sejenis omnivor dan boleh diberi sebarang makanan termasuk plankton, cacing, jejentik dan pellet. Ia adalah ikan tahunan (annual fish) dan hayatnya lebih kurang satu atau dua tahun. Adalah tidak digalakkan untuk mengeluarkan wang ratusan atau ribuan ringgit hanya untuk membeli seekor ikan yang diidamkan. Berbeza pula jika anda membelinya untuk dijadikan induk yang bakal mengeluarkan hasil berlipat kali ganda.
Langkah-langkah untuk membiakkan Betta:
Tidak kira sama ada jenis biasa atau ?fancy? asas membiakkan Betta adalah serupa. Berikut dinyatakan beberapa langkah untuk membiakkan Betta:
1. Pra pembiakan (Conditioning)
Induk jantan dan betina diasingkan, seekor jantan dipelihara di dalam sebuah bekas sementara betina di dalam akuarium secara komuniti. Pelbagai makanan boleh diberikan tetapi keutamaan ialah makanan hidup seperti Moina, ?tubifex worm? atau ?blood worm?.
2. Penyediaan tangki Pembiakan
Tangki berukuran 12?x10?x10? adalah memadai. Tangki diisi separuh penuh dengan air - air paip atau air hujan yang telah diheningkan. Di bahagian bawah tangki diletakkan satu keratan paip PVC 6? untuk induk betina bersembunyi ketika induk jantan bertindak aggresif.
3. Mencampurkan Induk
Mula-mula induk jantan dimasukkan ke dalam tangki pembiakan. Apabila ia telah membina sarang buih, ini menunjukkan kesediaanya untuk membiak. Untuk menggalakkan proses ini ikan betina boleh dimasukkan di dalam sebuah botol dan diletakkan di dalam tangki pembiakan untuk merangsang ikan jantan.
4. Membuat Sarang Buih
Ikan jantan membuat sarang buih dengan mengambil udara atmosfera dan menghembuskan satu buih yang berbaur dengan mucus dari dalam mulutnya. Buih-buih kekal ini atau bercantum antara satu sama lain membentuk segumpal sarang. Pada mula diperkenalkan akan berlaku pergaduhan antara induk jantan dan betina. Sehingga pada satu ketika apabila kedua-dua induk telah bersedia mengawan, ianya akan berada di bawah sarangnya dan mulai mengawan.
5. Pengawanan
Semasa mengawan ikan jantan dan betina akan membelitkan badannya antara satu sama lain. Ikan jantan akan memusingkan badan ikan betina beberapa kali sehingga telur matang dikeluarkan dan serentak dengan itu ikan jantan mensenyawakannya. Telur tersenyawa tenggelam ke dasar tangki. Ikan jantan memungutnya dan menghembuskannya ke dalam sarang buih. Buih yang rosak akan terus dibaiki oleh ikan jantan. Proses ini akan berulang-ulang dan mengambil masa 1 hingga 1? jam.
6. Penjagaan Telur
Sebaik sahaja selesai mengawan induk betina perlu dikeluarkan dari tangki pembiakan dan dirawat sekiranya mengalami kecederaan. Biarkan induk jantan mengawasi telur sehingga menetas.
7. Penjagaan Fry
Telur menetas selepas 24-30 jam. Ikan jantan sentiasa mengawasi sarangnya, membina semula sarang yang rosak, menangkap fry yang terlepas dan memasukkan semula ke dalam sarang. Selepas 3 hari fry akan berenang dan perlu diberi makanan. Makanan pertama terbaik untuknya ialah makanan semula jadi yang terdapat dalam air hijau (green water) yang boleh didapati dari air ternakan ikan seperti tilapia / keli yang telah lama. Kaedah lain ialah dengan menyediakan brine shrimp nauplii (Artemia) yang baru menetas. Setelah berumur 5 hari boleh diberi makanan rumusan berbentuk serbok. Fry berumur 7-10 hari perlu dipindahkan ke dalam tangki pemeliharaan yang lebih besar untuk pembesaran dengan diberi makan moina atau ?blood worm? yang dicincang. Tangki pemeliharaan tidak perlu diberi pengudaraan.
8. Pengasingan / Pembotolan
Setelah berumur 3 bulan ikan jantan mulai aggresif dan perlu diasingkan secara individu di dalam botol. Ikan betina boleh dipelihara dalam tangki secara komuniti. Untuk penghasilan komersial perlu dipastikan ruang yang mencukupi dan bekas yang banyak untuk menyimpan jantan.
PERLU DIAMBIL KIRA SEMASA MEMBIAKKAN BETTA
Jika ikan betina belum bersedia, ikan jantan akan mencederakannya sehingga mati. Jika ikan jantan belum bersedia menerima ikan betina atau sarang buihnya belum siap disediakan ianya juga akan bertindak ganas terhadap ikan betina. Sebaliknya jika betina telah bersedia tetapi jantan belum lagi, ikan betina pula akan bertindak agresif terhadap ikan jantan. Sekiranya jantan masih belum menyiapkan sarangnya kadang kala betina akan melepaskan telurnya tanpa disenyawakan oleh ikan jantan.
Jenis-jenis ikan pelaga @ikan laga
Halfmoon (HM)
Halfmoon merupakan antara jenis yang paling diminati ramai. Ekornya yang panjang dengan bukaan 180 darjah kelihatan seolah-olah seperti separa bulan. Halfmoon merupakan antara ikan laga yang mempunyai nilai yang tinggi. Ini kerana Halfmoon yang berkualiti agak sukar untuk dihasilkan. Halfmoon yang berkualiti sekurang-kurangnya mestilah mempunyai ekor yang semetri dengan bukaan ekor belakang tidak kurang dari 180 darjah
Plakat (PK)
Plakat merujuk kepada ikan laga berekor pendek. Secara amnya terdapat dua jenis plakat untuk pertandingan iaitu Traditional Show Plakat dan Modern Show Plakat. Kedua-dua jenis plakat ini mestilah mempunyai ekor belakang berbentuk ‘D’ dan sekurang-kurangnya 180 darjah. Bagi Traditional Show Plakat, ikan jenis ini biasanya mengekalkan ciri-ciri asli ikan laga. Contohnya bucu ekor belakang berbentuk bulat (tidak tajam) dan ekor bawah berbentuk trepezod. Selain itu ciri Traditional Show Plakat yang utama adalah ekor belakang hanya mempunyai 2-4 tulang (rays) sahaja. Manakala Modern Show Plakat lebih kepada ikan laga yang menunjukkan cirri-ciri hasil dari pembenihan terpilih. Contohnya bucu ekor belakang yang tajam dan ekor yang lebih semetri. Modern Show Plakat pula terbahagi kepada 2 jenis iaitu Plakat Semetri dan Plakat Tidak Semetri.
Crowntail (CT)
Crowntail merupakan ikan laga yang unik dan dalam kelasya yang tesendiri. Crowntail dikatakan berasal dari Indonesia. Di Indonesia ikan laga dikenali dengan panggilan Chupang. Crowntail merupakan ikan laga yang mempunyai ekor yang tajam dan bercabang. Walaupun bergitu, Crowntail yang berkualiti mestilah mempunyai ekor belakang dengan bukaan 180 darjah. Terdapat pelbagai jenis variasi pada ekor Crowntail berdasarkan jumlah tulang atau cabang yang dihasilkan. Antaranya ialah Single Ray, Double Ray, Double Double Ray dan King Crowntail
Doubletail (DT)
Doubletail merujuk kepada ikan laga yang mempunyai belahan pada ekor belakang. Dalam erti kata lain, ikan ini seolah-olah mempunyai dua ekor belakang. Walaupun bergitu, Doubletail yang baik mestilah mempuyai ekor belakang 180 darjah dan belahan tengah yang dalam dan semetri. Doubletail boleh muncul dalam pelbagai variasi seperti Doubletail Halfmoon (DTHM), Doubletail Plakat (DTPK) dan Doubletail Crowntail (DTCT)
Crowntail
Crowntail
Doubletail
Halfmoon
Plakat Crowntail
Plakat
Cara nk pilih ikan jantan
1 Berwarna terang kalau biru biru betul2 jangan biru pudar
2 Ada buih pada permukaan bekas, buih ni berkumpul tidak terabur makna dia dah ready nak cari pasangan
3 pergerakan pernafasan adalah tenang tidak tercungap2 dan penutup insang tidak berbuka kalau terbuka maknanya ia mengalami kerosakan insang. Biasanya akan mati lepas spawning sebab exhausted.
4 Bergerak aktif walaupun bekas dia kecil kalau lepak je kat bawah jangan ambil tak berapa sehat jadi lambat sikit nk conditionkan
Cara pilih ikan betina
1 Lebih kurang sama macam ikan jantan
2 Di bawah perut ada satu titik putih yang menonjol kalau kelihatan ketara makna telurnya telah berkembang sepenuhnya dan hampir matang
3 Terdapat jalur menegak pada badan tapi hanya akan ketara bila ada jantan diletak bersebelahan selama beberapa minit
sekian.